1.1. Latar Belakang Kajian.
Sebagaimana diketahui bahawa Ibn Khaldun merupakan salah seorang ulama
besar yang dihormati, sehingga kemasyhuran beliau sentiasa bersinar di setiap
zaman, sehingga sekarang ramai orang yang menaruh perhatian terhadap idea dan
pemikirannya. Beliau terkenal sebagai ahli sejarah yang bijaksana, ahli ekonomi dan
perancang pendidikan dalam memakmurkan masyarakat sebagaimana ditulis dalam
kitab Muqaddimahnya. Disebabkan oleh keahliannya, beliau dipandang bagaikan
bintang yang bersinar dalam kegelapan pada zamannya, meskipun beberapa
ketentuan perundangan yang berkaitan dengan kekuasaan politik kerajaan yang
zalim tidak lagi sesuai dengan sistem perundangan masa kini. Bagaimanapun, beliau tetap dipandang sebagai seorang ‘alim yang memiliki
keperibadian unggul dan cemerlang fikirannya, sebab beliau banyak menggunakan
idea-idea yang tidak dapat dibantah, berwatak asli yang pantas dijadikan teladan.
Beliau juga memiliki kecerdasan tinggi, berpandangan luas dalam menganalisis
pelbagai peristiwa yang terjadi semasa hidupnya. Sehingga seluruh gejala dari
peristiwa tersebut dapat beliau jawab melalui pemikiran yang kreatif, dengan
menetapkan hukum-hukum secara logik dan didukung oleh fakta-fakta yang
lengkap, dan sahih.
Nama beliau ialah Waly al-Din ‘Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Abi Bakr
Muhammad ibn al-Hasan ibn Khaldun al-Maliki al-Hadrami, dilahirkan di Tunisia
pada 1 Ramadan 732 H / 27 Mei 1332 M, dan beliau meninggal dunia pada 26
2
Ramadan 808 H / 18 Mac 1406 M di Kaherah. Kawasan Khalduniyah di Tunisia
masih ada sekarang hampir-hampir tidak berubah, dengan rumah yang dipercayai
tempat kelahirannya. Keluarga Ibn Khaldun telah berpindah ke Tunisia dimana Ibn
Khaldun dilahirkan, dan juga beliau mendapat pendidikan awalnyaBeliau sangat bijak dalam bidang kemasyarakatan terutamanya bidang sosiologi.
Selain daripada itu beliau menguasai al-Qur’an, Matematik dan Sejarah. Baginya
yang penting adalah menghubungkan pemikiran sosiologi dengan pemerhatian
sejarah. Kajian masyarakat menurut pandangannya merupakan, “bidang sains yang
berdiri sendiri dan memiliki objeknya yang tersendiri yakni tamadun manusia dan
organisasi sosialnya. Ia juga memiliki permasalahannya yang tersendiri, iaitu
menerangkan secara tersusun akan gejala-gejala yang ada hubungannya dengan
hakikat tamadun, sama ada ia berbentuk konvensional ataupun intelektual”
Baca Selengkapnya Klik Disini
Anda Butuh Bantuan Pembuatan Skripsi?Tesis?Disertasi? (Semua Jurusan?) atau Tugas Perkuliahan yang lain? Hub: 085729587732
No comments:
Post a Comment